Terharu. Sangat :')

Pagi tadi bangun pukul 6.30 O_o awal kan? Hari cuti pulak tu. Tahniah untuk diri aku sendiri sebab berjaya bangun awal pagi sebegitu pada hari cuti. Bangun, mandi and bersiap. Pukul 8 keluar rumah. Destinasi yang sebenar ialah IM3, rumah Makcik Ita. Tapi aku and the gang dah lambat so kitorang terus menghala ke Kompleks Belia and Sukan a.k.a tepian gelanggang lepas dapat phone call from Rahim, Makcik Ita's son. Turun kereta, terus naik bas sebab dorang macam nak gerak sangat dah. Haha. 30 orang je budak-budak IM Fixie yang pergi. Actually jumlah yang akan pergi 30 lebih. Tapi ramai yang tak bangun tidur -___- hahaha, apalah. Masa dalam bas tu aku duduk sebelah Makcik Ita, seems the sits were going to full by the old people yang join kitorang harini. Masa borak-borak dengan Makcik Ita 

Makcik Ita : Form berapa awak tahun ni?
Me : Form 4. Cukup dah 16 tahun. 16 tahun 1 hari.
Makcik Ita : Oh, hari jadi awak semalam?
Aku : Aah.
Makcik Ita : *berdiri and cakap* Okay, makcik ada permintaan. Mari kita nyanyikan lagu Happy Birthday to Reen ramai-ramai.
The whole bus : Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Reeeeeen, Happy birthday to you.
Makcik Ita : Ok, bagus. *duduk semula* Tak pernah lagikan dalam sejarah hidup awak ramai2, satu bas macam ni nyanyikan untuk awak?
Me : Hee , tak pernah. Pergh, terharunya Cik Taa!
Makcik Ita : Haa kan, k takde hal lah.

Ya Allah, masa tu aku rasa macam, huhh Tuhan je yang tahu. Terharu ada, segan ada, rasa nak menangis ada, happy pun ada :'D and the most is terharu :') sumpah. Tak pernah lagi macam ni dalam hidup aku. Hee. Yela, kalau dengan family, abah and mak wish secara individu. Tak nyanyikan macam ni. Sayangnya aku dengan IM Fixie  sayang sangat. Aku ingat benda ni sampai bila2, seriously :'>

Then sampai kat satu bangunan rumah kedai berhampiran dengan Caltex yang dekat dengan simpang Gebeng tu, berhenti makan. Lepas makan, masuk dalam satu pejabat. I don't know what it really is actually. Hehe. Lepas dah habis ceramah dan para hadirin mengutarakan soalan, dapat baju. Warna kelabu. Not bad. Lepas tu naik bas, pergi melawat tapak kilang Lynas kat Gebeng. Kilang tu under construction so jalan dia pun berlecak lah. Tengok gitu2 je dari dalam bas. Dengan hujannya lagi. Leceh sikit. Lepas tuu balik semula ke bangunan rumah kedai tadi and makan tengah hari.

After makan, gerak balik ke Kuantan. Aku and the gang turun kat ECM. Boria kitorang harini, haha. Pakai baju IM Fixie yang warna merah tu sama2. Actually aku bertiga, Fafa, Rara and me. Masuk ECM tu at first public pandang2 kitorang sebab pakai baju sama, fixie pulak tu. Hey, bangga apa pakai baju ni. Bukan senang tau nak dapat. Kau ada? Hahahaha. Turun naik, jumpa orang tu orang ni. Dapat lah lepas rindu sikit kat orang yang dah lama tak jumpa. 5.20PM, masuk panggung. Tengok cerita Sesuatu Yang Tertinggal. Aku dengan Rara buat lawak bodoh2. Sumbat bohh duduk gitu je tengok cerita tu. Benda yang seram and tak sepatutnya jadi lawak, aku dengan dia duk main tambah2 jadi gitu jadi gini. Haha, hilanglah sikitkan rasa seram tu. Menjerit dalam 7 8 kali lah jugak aku tadi. Adat lah kan tengok cerita hantuu. After moviee habis, pergi makan. Lepas makan tu jalan-jalan kejap and balik.
p/s : alhamduliah :')

Thanks

Thanks a lot ya kawan :') click

Thanks Alia :') click

Happy 16th Birthday to Me :D

Happy birthday to me! :D hahaha. So pagi tadi bangun pukul 6.30, mandi, bersiap and pergi sekolah. Bangun tu terkam fone dulu! Tengok ada 3 text(s). Reply semua then baru bangun for the shower. Sampai sekolah, masuk kelas. Lepas dah letak bag, lepak kat luar kelas, berborak. Borak kosong je. Then pandang ke tangga, nampak kacip lama aku. Dua orang. Dorang pergi kat aku. Dorang hulur tangan macam nak salam & cakap "Happy Birthday" and kitorang laga pipi. Kiri, kanan, kiri. Act dorang kembar. Salam, cium yang kakak dulu lepas tu baru adik. Heeeeee :'D terharu wehh. Rasa macam nak menangis pun ada. Tapi tak terkeluar air mata :') thanks ya, sayang korang :* masuk kelas, sorang sorang wish Happy Birthday kat aku. Yelah, hok sorang tu wish kuat2. Padahal duduk depan aku je -.- hahahaha, sabar je lah kan. Berderet-deret panggil "Reen, happy birthday". Kay, happy lah kan. Siapa tak happy. 

Then , teacher masuk. Belajar Maths pagi-pagi buta. Kira okay lah tu kan. Pagi Jumaat yang mulia ni belajar MathsModen, yang otak aku ni lembap sikit nak pickup. And alhamdulilah aku faham benda yang dipelajari :'> Then BI. Oh, my fav subject ! :D suka gila dengan BI. Hehe. Lepas tu rehat blablabla. Lepas rehat BM -.-' haa, hok ni aku blur sikit. Belajar buat Rumusan bagai. Tak faham langsung. Tanya member sebelah, si kembar adik tu pun dia cakap tak faham jugak. Hahahah, haa molek lah duduk sebelah, sama-sama tak faham. Memang geng parok ah. Duduk dah lah belakang sekali. Tapi takpe, cikgu tak nampak sebab tokki  duduk depan XD aku bukan buat pun. Bercakap je lebih. Heeeeeeeee.

Then balik rumah, mandi, makan, tengok tb jap lepas tu online. Hit back semua wish kat FB. Lenguh jugak bahu ni. Hahaha, tapi takpelah. Sekali sekala je kan. Bukan selalu. And, dinner tadi abah masakkan. Kari ikan :D bukan senang dia nak masakkan untuk anak perempuan dia ni tau, haha. So, be jelly :P hehe. Aku nak tolong pun dia cakap "Tak payah. Awak duduk je tengok tb". Aku pun macam"woahh special nya aku harini" *harini jela* haha. Mak pergi kursus. Petang tadi dia takde kelas, dia balik rumah. Mak nak tolong abah masak pun abah tak kasi. Hee, sayang abah :'*

Yang lain private. Btw, thank you so much kepada siapa yang wish harini. Tak kira kat FB and Twitter, both. Sayang awak semua :D

3rd day of school

6hb Januari 2011. Bangun lewat! Tersedar pukul 6.55 pagi. Bersiap cepat2, 7.10 keluar rumah. Hahaha, 15minit je bersiap. Laju kan? :P harini pagi-pagi belajar Maths. Tak faham satu habuk pun aku. Bab , Bentuk Piawai. Blur jeh tadi dalam kelas. Lepas tu BI, rehat blablabla. Lepas rehat, subjek terakhir BM. Cikgu menulis kat papan hitam, aku takde rasa pun nak menyalin sebab malas. Hahaha, tulisan pun tak stabil font lagi -,- otak aku asyik termain-mainkan lagu We Run The Night yang part kepala boleh goyang tuu *faham sendiri jela*. Duduk goyang kepala, bibir ternyanyi lagu Young, Wild and Free. Member sebelah aku angkat tangan ke depan lepas tu hayun ke atas ke bawah macam performer buat masa dorang perform kat MS Garden, malam Royalty Night. Hahahaha, aku pun ikut sekali ah buat. Sumbat wehh. Ngok ngek je rasa. Hahahaha, lepas tu bila nampak je badan cikgu nak pusing ke pelajar, kitorang buat-buat la salin nota kat depan XD lepas tu aku dengan dia gelak2 :D


Heeeeeeeeee ~

2nd day of school

Selamat petang :) 5hb Januari 2012. Hari kedua persekolahan. Sampai sekolah pagi tadi ingatkan nak sarapan kat kantin dulu. Tapi sampai pun dah lambat, lupakan jela niat tu. Terus ke tapak perhimpunan. Lepas dah habis perhimpunan, student form 4 stay kat situ. Cikgu sebut nama kelas dan nama pelajar. Aku kelas kedua, 4IH. Lepas tu naik kelas, ambik buku teks subjek teras. Then rehat blablabla. Lepas rehat, guru kelas masuk. Lantik ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan bagai. Then, BM. Perghh mengantuk gila aku. Tengah hari dalam pukul 12 masa tu. Salin nota lah apalah. Dah siap salin letak kepala atas meja, tidur. Cikgu BM kelas aku cikgu baru so tak banyak cakaplah. Kalau cikgu lama aku rasa dan lagi cakap2 pasal result. Cikgu lain pulak masuk. Dia cakap dia relief je. Aku dengan kawan sebelah pun apa lagi, kemas meja, buku letak dalam bag, letak kepala atas meja dan tidur. Lama jugak aku tidur, hahaha. Nak dekat pukul 2 baru aku bangun O_o segar gila lepas dah bangun tu. Hahahahah, bijokk ah. Hari kedua bersekolah dah tidur :D muehehe XD mengantuk sangat lagipun. Bangun je tengok jadual kelas kat atas meja. Kawan aku tolong salinkan sebab dia bangun awal sikit daripada aku. Pusing belakang, borak2 kejap. 2.30 balik :D

Masuk kelas tu suka ada, sedih pun ada. Suka sebab ada kawan-kawan lama masa Form 3 dulu. Kira dah boleh ngam lah. Sedih sebab kelas tu takde Geografi. Aku nak ambik Geo :( nak tambah subjek tak boleh dah. Kalau nak jugak ambik Geo, kena turun kelas ketiga sebab kelas tu ada Geo. Aku bukan tak nak turun kelas tapi dah selesa dengan kelas kedua tuu. Hmm, sedih lah jugak sebab benda yang aku minat tak boleh nak ambik. Kelas IH tu ada EkonomiAsas, PrinsipAkaun dengan AddMath. Masalahnya, boleh ke aku pergi dengan subjek macam ni. Err, tengah fikirlah ni -.-' pening kepala. Bakal kakak ipar aku cakap,

dia : jangan salah pilih course sudahlah ya dik?
aku : okay.

So hmm tak tahu nak pilih apa :/

1st day of school

Duduk dalam dewan - orientasi - dengar cikgu bagi ceramah tentang aliran dan kerjaya - bosan - mengantuk - kbai.

Welcome 2012


Hi. Happy New Year to all Malaysians.
Take a NoteHello. Thanks visiting my blog. Follow me. I don't mind if you aren't. Best view in Google Chrome. Thanks :)